Penglibatan Jadi Kunci Literasi Kewangan Apabila 66% Orang Dewasa di Negara OECD Masih Kurang Kefahaman Asas
Dalam kerjasama kali ketiga mereka, Profesor Michael McMahon dari Universiti Oxford dan David Barrett dari EBC Financial Group menerokai cara untuk merapatkan jurang celik kewangan global dalam webinar akses terbuka pada 11 November
OXFORD, United Kingdom, Oct. 30, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC) dan Jabatan Ekonomi Universiti Oxford mengumumkan episod terbaharu bagi siri webinar terkenal “What Economists Really Do” (WERD). Webinar akan datang, “Berfikir Seperti Seorang Ahli Ekonomi: Literasi Kewangan dan Pemahaman Ekonomi dalam Era Kerumitan”, akan berlangsung pada hari Selasa, 11 November 2025, jam 12:00 tengah hari GMT.
Kerjasama kali ketiga ini membina kesinambungan daripada sesi terdahulu yang membincangkan isu pengelakan cukai dan ekonomi iklim dan akan menampilkan Profesor Michael McMahon dari Universiti Oxford, David Barrett selaku Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd serta moderator Profesor Banu Demir Pakel.

Mengapa Literasi Ekonomi Penting Pada Masa Kini
Pada hari ini, dalam landskap ekonomi yang semakin kompleks, pemahaman terhadap prinsip kewangan merupakan keperluan asas bagi membuat keputusan yang termaklum. Seperti yang dinyatakan dalam laporan OECD, 66% orang dewasa di negara anggota masih kurang celik kewangan asas. Literasi kewangan – keupayaan untuk mengurus wang, merancang ke hadapan dan membuat pilihan yang termaklum – masih rendah di negara-negara maju. Malah di negara maju seperti United Kingdom, kajian terkini mendapati bahawa 39% orang dewasa tidak yakin dalam menguruskan kewangan mereka. Perbincangan ini akan meneliti mengapa isi rumah dan pakar sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang sistem ekonomi, bentuk intervensi pengajaran yang berkesan serta bagaimana bank pusat dan pembuat dasar boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Sesi ini akan memperkenalkan rangka kerja “Tiga E” – Penjelasan (Explanation), Penglibatan (Engagement) dan Pendidikan (Education) sebagai laluan praktikal ke arah pemahaman ekonomi yang lebih kukuh. Dengan menggabungkan penyelidikan terkini Profesor Michael McMahon dalam bidang ekonomi tingkah laku dan komunikasi bank pusat, bersama cerapan dunia sebenar David Barrett hasil pengalaman beliau berkhidmat kepada pelanggan di pasaran global, panel ini menghubungkan ketelitian akademik dengan amalan industri.
"Cabaran terbesar terhadap literasi kewangan hari ini bukanlah kerumitan. Tetapi sikap sambil lewa. Ramai orang beranggapan bahawa AI dan algoritma cukup memadai untuk menggantikan pemikiran manusia," kata David Barrett. "Pasaran kini kelihatan kebal. Walaupun kejutan rawak yang berlaku secara tiba-tiba sepanjang tahun ini, mereka telah belajar untuk menapis gangguan. Namun kebanyakan peserta keliru antara akses kepada data dengan pemahaman sebenar. Perdagangan berasaskan peraturan mungkin menghapuskan bias peribadi dalam pelaksanaan, tetapi ia tidak menghapuskan keperluan untuk pemahaman ekonomi. Anda boleh minta AI hasilkan seratus isyarat dagangan, tetapi jika anda tidak faham kuasa di sebalik kesan tarif atau perubahan dasar bank pusat, anda hanya ikut corak tanpa gambaran penuh. Itu bukan literasi; itu kebergantungan. Kerjasama kami dengan Oxford menangani isu ini: membawa pemikiran ekonomi asas yang mengubah maklumat menjadi pemahaman sebenar."
Profesor Michael McMahon menyatakan, “Salah satu dapatan paling ketara dalam penyelidikan kami ialah bagaimana individu yang berpendidikan tinggi sekalipun masih bergelut dengan konsep ekonomi asas yang mempengaruhi keputusan kewangan harian mereka. Ini bukan soal kepintaran. Sebaliknya, ia berkaitan dengan model mental. Perbincangan ini akan menerokaI cara-cara praktikal untuk merapatkan jurang tersebut — daripada bagaimana bank pusat boleh berkomunikasi dengan lebih jelas hinggalah kepada bagaimana intervensi pengajaran tidak formal, seperti webinar ini, dapat meningkatkan pemahaman ekonomi dan keupayaan meramal dengan lebih berkesan.”
Perihal Ahli Panel
David Barrett ialah Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd, dengan hampir 40 tahun pengalaman dalam bidang pertukaran asing, pendapatan tetap, komoditi dan CFD. Kerjayanya merangkumi jawatan kepimpinan di AIG, NatWest, Nomura International serta Credit Lyonnais, di mana beliau memberi nasihat tentang perdagangan institusi, risiko pasaran dan operasi kewangan. Sebagai suara yang dihormati dalam kewangan global, cerapan David mengenai risiko geopolitik, dasar monetari dan turun naik pasaran telah diketengahkan dalam Reuters, Forbes, Financial News, Associated Press, Yahoo! Finance serta pelbagai media antarabangsa. Beliau kembali sebagai ahli panel WERD, setelah sebelum ini membincangkan topik “Ekonomi Pengelakan Cukai” di Universiti Oxford — menunjukkan komitmennya untuk menghubungkan kepakaran pasaran praktikal dengan wacana akademik berkhidmat isu-isu penting.
Profesor Michael McMahon ialah Profesor Ekonomi di Universiti Oxford, Felo Penyelidik Kanan di Kolej St Hugh dan Pengarah Jaringan Dasar Penyelidikan mengenai Komunikasi Bank Pusat. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Warwick dan Bank of England, serta berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Fiskal Ireland. Penyelidikannya dalam bidang makroekonomi, dasar monetari, dan komunikasi bank pusat telah diterbitkan dalam jurnal terkemuka seperti Quarterly Journal of Economics dan Review of Economic Studies.
Maklumat Acara — Daftar Sekarang
| Apa | Berfikir Seperti Seorang Ahli Ekonomi: Literasi Kewangan dan Pemahaman Ekonomi dalam Era Kerumitan | 
| Bila | Selasa,11 November 2025, jam 12:00 tengah hari GMT | 
| Format | Webinar dalam talian secara percuma melalui Zoom | 
| Ahli Panel | 
 | 
| Moderator | Prof. Banu Demir Pakel, Jabatan Ekonomi, Universiti Oxford | 
Webinar ini direka khas untuk pelajar, profesional kewangan, pembuat dasar, pendidik, pedagang, pelabur serta sesiapa sahaja yang ingin memahami pemikiran ekonomi. Sesi ini turut merangkumi sesi soal jawab interaktif bersama kedua-dua ahli panel.
Pendaftaran adalah percuma dan kini dibuka di https://www.ebc.com/oxford2025. Tempah tempat anda hari ini.
Penafian: Maklumat ini adalah untuk tujuan informasi sahaja dan tidak merupakan cadangan atau nasihat daripada EBC Financial Group dan semua entitinya ("EBC"). Perdagangan Forex dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) secara margin melibatkan tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi jumlah deposit anda. Sebelum berdagang, anda harus mempertimbangkan objektif perdagangan, tahap pengalaman dan selera risiko anda dengan teliti, serta mendapatkan nasihat kewangan bebas jika perlu. Statistik atau prestasi pelaburan terdahulu bukan jaminan prestasi masa depan. EBC tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang terhasil daripada kebergantungan pada maklumat ini.
Perihal EBC Financial Group
Diasaskan di London, EBC Financial Group (EBC) ialah jenama global yang terkenal dengan kepakarannya dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset. Melalui entiti dikawal selia yang beroperasi merentas bidang kuasa kewangan utama—termasuk UK, Australia, Kepulauan Cayman, Mauritius dan lain-lain—EBC membolehkan pelabur runcit, profesional dan institusi untuk mengakses pasaran global dan peluang perdagangan merangkumi mata wang, komoditi, CFD dan banyak lagi.
Dipercayai oleh pelabur di lebih 100 negara dan diiktiraf dengan pelbagai anugerah global termasuk pengiktirafan berterusan daripada World Finance, EBC secara meluas dianggap secara meluas sebagai antara broker terbaik di dunia dengan gelaran seperti Platform Dagangan Terbaik dan Broker Paling Dipercayai. Dengan pengawalseliaan yang kukuh dan komitmennya terhadap ketelusan, EBC juga ditempatkan dalam kalangan broker teratas secara konsisten—dipercayai bagi kebolehannya untuk menyediakan penyelesaian perdagangan yang selamat, berinovatif dan mengutamakan pelanggan merentas pasaran antarabangsa bersaingan.
Anak-anak syarikat EBC dilesenkan dan dikawal selia dalam bidang kuasa tempatan masing-masing. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Tatalaku Kewangan UK (FCA); EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kewangan Kepulauan Cayman (CIMA); EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC); EBC Financial (MU) Ltd dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (FSC).
Teras EBC terdiri daripada pasukan veteran industri dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam institusi kewangan utama. EBC telah mengharungi kitaran ekonomi utama dari Plaza Accord dan krisis franc Swiss 2015 hingga pergolakan pasaran akibat pandemik COVID-19. Kami memupuk budaya yang mengutamakan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap hubungan pelabur dikendalikan dengan kesungguhan yang sewajarnya.
EBC merupakan rakan kongsi pertukaran asing rasmi bagi FC Barcelona yang berbangga dan terus memacu perkongsian penuh impak bagi memperkasakan komuniti – seperti melalui inisiatif United to Beat Malaria Yayasan UN, Jabatan Ekonomi Universiti Oxford dan pelbagai rakan kongsi untuk mendukung inisiatif dalam kesihatan, ekonomi, pendidikan dan kelestarian global.
Hubungan Media:
Alya Amani
Eksekutif Perhubungan Awam Global
alya.amani@ebc.com
Aldric Tinker Toyad
Ketua Perhubungan Awam Global
aldric.tinker@ebc.com
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/90f49ab8-48b6-4635-b32e-a78781461974/ms
 
Berfikir Seperti Seorang Ahli Ekonomi: Literasi Kewangan dan Pemahaman Ekonomi dalam Era Kerumitan.
Universiti Oxford dan EBC Financial Group membawakan webinar seterusnya dalam siri What Economists Really Do: “Berfikir Seperti Seorang Ahli Ekonomi – Literasi Kewangan dan Pemahaman Ekonomi dalam Era Kerumitan”, menampilkan Profesor Michael McMahon dan David Barrett pada 11 November 2025.
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

