AGP Picks
View all

Guest Supply Menandatangani Perjanjian Pelesenan Asia-Pasifik dengan HAAN

HONG KONG, July 02, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Guest Supply Asia hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian perlesenan dengan HAAN bagi tujuan pengeluaran dan pengedaran produk penjagaan diri berjenama HAAN untuk hotel di seluruh Asia Pasifik.

Perjanjian ini menggabungkan pendekatan reka bentuk berorientasikan kelestarian dan sistem isian semula HAAN dengan keupayaan pembangunan produk, pembuatan, pengedaran serta perkhidmatan Guest Supply untuk pengendali hotel. Ia memastikan pelanggan hotel menikmati akses yang lebih mudah kepada produk premium yang sedia untuk digunakan.

HAAN merupakan jenama penjagaan diri berfokuskan perjalanan, dengan produk praktikal dan mudah alih, yang direka khusus untuk gaya hidup aktif. Formulanya menekankan ramuan bersih, semula jadi dan berasaskan vegan, manakala sistem isian semula bertujuan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Sebahagian keuntungan HAAN disalurkan kepada usaha menyokong projek telaga air bawah tanah di komuniti yang sedang membangun, sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap inisiatif air bersih.

“Sebagai padanan yang kukuh, kerjasama ini amat sesuai dengan pasaran hospitaliti di Asia Pasifik,” kata Gustaf Lantz, Naib Presiden Kanan bagi rantau EMEA dan APAC, Guest Supply. “Kerjasama ini menggabungkan reka bentuk moden dan sistem isian semula HAAN serta formulasi bersih dengan kepakaran Gilchrist & Soames dalam membangunkan dan menghasilkan kelengkapan berkualiti tinggi, bersama keupayaan Guest Supply untuk mengedarkan secara meluas di seluruh rantau.”

Di bawah perjanjian ini, Guest Supply akan bekerjasama dengan HAAN untuk menyesuaikan format produk dan keperluan operasi bagi pasaran hospitaliti Asia Pasifik. Langkah ini menyokong pelaksanaan jenama yang konsisten, bekalan yang boleh dipercayai serta proses pesanan yang lebih lancar untuk rakan kongsi hotel.

Produk HAAN kini sudah tersedia di lebih 50 negara melalui ribuan saluran jualan, termasuk kedai konsep, gedung serbaneka, rangkaian kecantikan dan lokasi runcit perjalanan terpilih. Perkongsian pelesenan APAC yang baharu ini bertujuan untuk mempercepatkan ketersediaan dan tahap perkhidmatan untuk pelanggan hospitaliti di seluruh rantau.

Perihal Guest Supply

Dengan pengalaman melebihi 40 tahun, Guest Supply merupakan peneraju dalam pembekalan produk perhotelan yang menyediakan perkhidmatan kepada rangkaian hotel utama serta hotel milik persendirian. Sebagai sebahagian daripada Sysco Corporation, syarikat ini menyediakan perkhidmatan pembangunan produk, pembuatan, pengedaran dan sokongan perkhidmatan.

Perihal HAAN

HAAN ialah jenama penjagaan diri dari Barcelona yang komited bagi memperkayakan perjalanan harian, dengan produk berasaskan reka bentuk moden, mudah dibawa ketika melancong, serta dibina dengan formulasi bersih, vegan dan sistem isian semula.

Hubungan Media: Ramit Plushnick-Masti

media@sysco.com

Laman Web: www.guestsupply.com.hk

SYY-NEWS


Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Kuwait Business Journal

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.